Artikel

JPJ Kini Lancar Ujian Memandu Sistem e-Testing – Jamin Penilaian Prestasi Lebih Telus

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula melancarkan ujian memandu sistem e-Testing pada awal April lalu.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong pada minggu lalu, telah memperincikan – pelaksanaan sistem pemanduan elektronik itu bertujuan meningkatkan integriti serta keyakinan orang awam ke atas sistem ujian memandu negara.

Melalui e-Testing, ia berkemampuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan JPJ pada produktiviti sesi latihan. Ini bermakna tiada campur tangan melibatkan tenaga manusia pada proses penilaian ujian memandu.

Lebih menarik, sistem ini turut memiliki akses menghasilkan keputusan ujian pemanduan lebih pantas iaitu secara masa-nyata berbanding sistem manual yang memerlukan sekitar 2 minggu untuk keputusan dikeluarkan.

Bagi memastikan pelaksanaan ini kekal telus, menurut laporan Bernama JPJ menyarankan orang awam untuk melanjutkan sebarang aduan kepada sistem [email protected] Usaha itu akan membantu perkhidmatan pemanduan negara menjadi lebih baik dan memahami keperluan semasa orang awam.