Artikel

Lebih 2 Juta Penjawat Awam Dan Pesara – Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri Sebanyak RM500, RM250

Bersempena sambutan perayaan Aidilfitri 2022 pada Mei kelak – Kerajaan kini mengumumkan pengagihan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri 2022 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Buat pengetahuan umum, semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta petugas skim Contract of Service, Contract for Service, Pegawai Sambilan Harian dan MyStep akan menerima sebanyak RM500.

Sementara pesara kerajaan pula akan menerima sebanyak RM250.

Jumlah peruntukan dana Aidilfitri sebanyak RM923 juta ini sekaligus berupaya memanfaatkan lebih 2 juta petugas awam dan pesara kerajaan Malaysia.

Menerusi makluman awal dana bantuan Aidilfitri ini, ia akan memberi ruang kepada para pekerja kerajaan melaksanakan persediaan awam bagi persiapan sambutan Aidilfitri 2022.

Agihan dana tersebut akan disalurkan pada 25 April 2022, bersamaan pembayaran gaji pada April ini.