Artikel

Visa Lancar Platform Karyawan, Bantu Perkasakan Perniagaan Menerusi NFT

Visa, minggu ini telah melancarkan Visa Creator Program iaitu Program Karyawan Visa sebagai inisiatif membantu penggiat seni, pemuzik, pereka fesyen dan penghasil filem meluaskan jejak perniagaan mereka menerusi NFT – non-fungible token.

Adanya platform selama setahun ini, Visa melihat NFT boleh menentusahkan pemilikan serta kesahihan bahan, media digital karyawan. Aspek ini akan membantu kumpulan tersebut menjana pendapatan dan memperkasakan perniagaan seni mereka.

Menurut Ketua Kripto Visa, Cuy Sheffield – ekosistem NFT berupaya memacu ekonomi seni digital dan faktor ini secara langsung kelak akan menjadikan kaedah pembayaran lebih variasi serta mudah diakses.

Berdasarkan makluman, program ini akan memberi tumpuan pada 5 agenda iaitu bimbangan teknikal, membentuk komuniti, menerima pandangan pakar industri, berinterasi bersama syarikat rakan niaga Visa dan penawaran geran untuk fasa pertumbuhan seterusnya.