Artikel

Saham Twitter Melonjak 25%, Setelah Elon Musk Miliki Pegangan 9.2%

Perolehan pegangan Twitter 9.2% oleh peneraju Tesla, Elon Musk kini telah mendorong lonjakan tinggi pada harga saham syarikat media sosial tersebut.

Menurut dokumen yang difailkan pada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC), Musk memperoleh hampir 73.5 juta saham Twitter – 9.2% kepentingan dalam syarikat itu.

Lebih menarik, harga saham Twitter telah melambung tinggi 25% pada Isinin (4 April). Tindakan perolehan itu sekaligus memperlihatkan nilai pegangan Musk sekitar AS$2.8 bilion, lebih tinggi berbanding Jack Dorsey iaitu pengasas Twitter yang memiliki pegangan sekitar 2.25% sahaja.