Artikel

Berbelanja Sambil Beramal – Lazada Sasar Raih Dana RM2.3 Juta Sempena Bantuan Ramadan Raya

Lazada Malaysia bersama Islamic Relief Malaysia kini berganding bahu mengatur langkah, mengumpul dana sekitar RM2.3 juta melalui LazadaForGood.

Kerjasama bantuan di bawah inisiatif kempen Ramadan Raya ini sekaligus dijangka dapat memanfaatkan kepada lebih 40,000 penerima sumbangan. Khususnya komuniti yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Menurut Lazada, sumbangan sosial ini akan menyediakan beberapa kelengkapan keperluan merangkumi bekalan makanan asas, barangan harian untuk berbuka dan bersahur.

Maka untuk menggalakan inisiatif ini, pengguna boleh klik secara mudah pada pautan LazadaForGood dan memilih Islamic Relief Malaysia pada senarai badan amal. Seterusnya pengguna diberi pilihan klik pada nilai derma yang diingini meliputi nilai derma RM5, RM10, RM20, RM30, RM50, RM100 atau lebih, samada untuk Rezeki Ramadan, mySedekah atau bantuan kecemasan bencana tempatan.

Tidak hanya itu, Lazada turut menyediakan pelbagai lagi tawaran menarik sempena Ramadan ini, untuk mengetahui lebih lanjut pengguna boleh layari > Lazada Ramadan Raya 2022