Isu ketirisan bekalan makanan dunia, telah membawa Malaysia meneroka tanaman jagung bijan. Kini, negara menjangkakan menjelang 2033, Malaysia berupaya mencapai lebih daripada 80,000 hektar tanaman jagung.
Jangkaan itu tidak hanya membantu negara menampung permintaan dalam negara tetapi turut membuka peluang kepada Malaysia mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan makanan ternakan iaitu dedak yang diimport.
Peluang ini akan meningkatkan pertumbuhan pasaran ternakan negara, tanpa perlu berharap pada mana-mana pengeluar bekalan yang lain.
Bagi merealisasikan tanggungjawab itu, MAFI ketika ini mengalukan kerjasama pihak swasta bersama awam untuk memperkasakan projek tanaman jagung seluas lebih 197,000 ekar ini.