Kadar tol bagi 4 syarikat konsesi lebuh raya merangkumi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP) – kini masih kekal, tidak dinaikkan.
Makluman itu dikongsikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada hari ini (4 April), susulan kadar tol tersebut masih kekal di had sama sehinggat tamat tempoh konsesi menerusi langkah penstrukturan semula syarikat.
Malah menerusi langkah ini juga ia berupaya memberi penjimatan bersih pada pembayaran subsidi tol negara yang dianggarkan sekitar RM4.3 bilion.
Berhubung lanjutan penstrukturan semula, tindakan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kerja Raya.