Artikel

Shein Sasar Raih Dana – Menilaikan Syarikat Sekitar AS$100 Bilion

Platform e-dagang berpangkalan di China, Shein kini sedang pertimbangkan pusingan pembiayaan dengan meletakkan nilai syarikat sekitar $100 bilion.

Antara pelabur berpotensi yang terlibat pada fasa pemgumpulan dana AS$1 bilion ini dilaporkan melibatkan General Atlantic. Sekiranya mencapai sasaran tersebut, menurut pemerhatian CB Insights, ini secara langsung menjadikan Shein selaku startup ketiga paling berharga di dunia selepasa ByteDance dan SpaceX.

Namun, buat masa ini wakil Shein tidak memberi sebarang maklum balas dan dilaporkan perancangan itu masih diperingkat perbincangan.

Buat pengetahuan umum, Shein kini menawarkan lebih 600,000 barangan kepada lebih 150 buah negara dan telah berjaya mengatasi Amazon dari aspek muat-turun aplikasi membeli-belah dalam pasaran AS.