Kemunculan Ramadan, sentiasa akan dimanfaatkan oleh kumpulan penduduk Islam negara – khususnya untuk meningkatkan tanggungjawab menderma mereka kepada badan kebajikan.
Akan tetapi ketidakstabilan ekonomi serta kepincangan kesihatan disebabkan COVID-19 telah menyebabkan penurunan komitmen mereka pada aktiviti menderma tahun ini.
Berdasarkan tinjauan YouGov, sekitar 31% responden rakyat Malaysia mengakui merancang untuk mengurangkan dana derma mereka pada tahun ini. Lebih rendah berbanding tahun lalu.
Data yang melibatkan seramai 1,127 responden ini memperlihatkan pelbagai aspek menjadi pendorong. Tidak hanya ketirisan ekonomi global tetapi peningkatan kos sara hidup Malaysia turut mempengaruhi keutamaan rakyat dalam membelanjakan wang mereka pada bulan Ramadan kali ini.
Sementara 42% responden lain masih kekal menyatakan pendirian mereka untuk menyumbang jumlah derma yang sama sebagaimana jumlah tahun lalu. Manakala 27% pula merancang akan meningkatkan amaun derma mereka pada tahun ini.