Artikel

China Bakal Perluas Ujian Rintis Mata Wang Digital e-CNY – Pada Arena Sukan Asia 2022

China, di bawah bank pusatnya kelak akan terus meluaskan ujian rintis mata wang digital Yuan iaitu e-CNY di beberapa wilayah utama negaranya.

Menurut PBOC, People’s Bank of China langkah ini bertujuan untuk mempromosikan penggunaan mata wang digital pusat itu. Antaranya di 10 bandar utama wilayah Zhejiang, yang diantaranya kelak bakal tampil selaku tuan rumah Sukan Asia pada September ini.

Perluasan ujian rintis mata wang digital itu turut merangkumi wilayah Tianjin, Chongqing, Guangzhou, Fuzhou dan Xiame.

Sebelum ini, China menyasarkan pelaksanaan mata wang digital tersebut berupaya diperluaskan ketika Sukan Musim Sejuk Olimpik di Beijing – akan tetapi susulan pengecualian pelancong asing diumumkan, perancangan tersebut tidak dapat dijayakan.

Maka perluasan yang lebih agresif pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou kelak wajar diperkasakan.