Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak begitulah apa yang boleh ditakrifkan dalam situasi antara pengguna bersama pengurusan CIMB – apabila kini pihak perbankan tersebut mula menyaman balas 12 individu pengguna, menuntut RM1.39 juta amaun yang dikredit secara tidak sengaja kepada akaun mereka.
Tindakan ini berlaku susulan ‘kesilapan pemprosesan’ yang telah dilakukan oleh sistem pada akhir Januari lalu, yang telah mengkreditkan sejumlah wang kepada akaun pengguna CIMB – dan mengakibatkan sekitar 11,000 akaun terpaksa dibekukan, dan ini mengakibatkan pengguna alami kesukaran transaksi.
Namun terdapat 12 individu telah mengfailkan tindakan perundangan ke atas CIMB.
Akan tetapi mengikut laporan FMT, tuntutan saman balas CIMB bernilai RM1.39 juta ini telah difailkan pada 30 Mac lalu dan ia diklasifikasikan sebagai ‘penyataan tuntutan’ iaitu kredit pendua di mana pengguna tidak memaklumkan tambahan dana telah berlaku ke dalam akaun mereka. Jumlah tuntutan itu dilaporkan tidak sekadar merangkumi nilai yang dikredit tidak disengajakan, tetapi turut meliputi tambahan faedah.
Berdasarkan kenyataan pembelaan laporan – CIMB berhak mendapatkan kembali dana kredit pendua tersebut secara sah dan tindakan itu tidak menyalahi kontrak antara bank dan pengguna. Ia kerana pihak bank bebas menahan mana-mana akaun pengguna sekiranya terdapat penyalahgunaan dana.