Tibanya sambutan Ramadan pada hari ini (3 April), ia secara langsung membawa erti kewajipan masyarakat beragama Islam pada tuntutan kadar zakat fitrah juga turut bermula.
Buat pengetahuan umum, zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikannya adalah bertujuan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Maka, bersedia ke arah tuntutan itu – ini senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2022 untuk persediaan masyarakat beragama Islam;
- Selangor – RM7, RM14, RM21
- Johor – RM7, RM10
- Kedah – RM7, RM14, RM21
- Kelantan – RM7, RM14, RM21
- Terengganu – RM7
- Melaka – RM7, RM14, RM21
- Negeri Sembilan – RM7, RM10, RM21
- Pahang – RM7
- Perak – RM7, RM14, RM21
- Perlis – RM7
- Pulau Pinang – RM7, RM13, RM20
- Sabah – RM7
- Sarawak – RM7
- Wilayah Persekutuan – RM7, RM14, RM21
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan