Artikel

GSC Ingin Memperluaskan Lagi Penyertaan Mereka Dalam Arena Kedai Makan Dan Restoran

GSC menyambut ulang-tahun ke-35 pada tahun ini, dan dilihat terus mempelbagaikan lagi punca pendapatan. Salah satunya adalah melalui penyertaan dalam arena kedai makan dan restoran melalui jenama Happy Food Co.

GSC melabelkan Happy Food Co sebagai sebuah kafe berbentuk kasual – membolehkan orang ramai mendapatkan makanan kudapan termasuk makanan berat seperti pizza, pasta, sandwich, termasuk makanan pencuci mulut.

Disamping itu, untuk tahun ini mereka juga bakal menambah dua lagi makanan dibawah Happy Food Co, iaitu Gourmet Popcorn dan juga Crispy Salmon Skin.

Buat masa ini, Happy Food Co dibuka di GSC The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Untuk tahun ini juga, GSC akan membuka ia di dua buah lokasi lagi di Lembah Klang.

Happy Food Co