Delyva Sdn Bhd hari ini (1 April) mengumumkan HappyFresh Malaysia memilih sistem pengurusan penghantaran DelyvaX untuk memperkemaskan operasi penghantaran merangkumi perkhidmatan di pasar raya fizikal HappyFresh yang baru dilancarkan.
Aturan ini secara langsung membolehkan sistem pesanan dalam talian HappyFresh bersama DelyvaX mencapai perkhidmatan kurier pihak ketiga dengan lebih lancar, cekap dan memberi kemudahan berganda kepada pengguna ketika mengaksesnya.
Tambahan, bersempena sambutan Ramadan tidak lama lagi – kedua entiti menjangkakan peningkatan jumlah pesanan pengguna akan meningkat. Adanya penambahbaikan pengurusan penghantaran ini ia memberi kelebihan kepada HappyFresh menyaingi permintaan pasaran pesanan.
Buat pengetahuan umum, Delyva merupakan salah satu platform yang menyediakan penyelesaian untuk penghantaran dan logistik, tanpa mengira saiz sesuatu perniagaan. Sehingga kini, Delyva memiliki lebih 20 rakan kurier dan rakan penghantaran pantas yangberoperasi di dalam Malaysia.