Artikel

KPDNHEP Akan Tempatkan Pegawai Pemantau – Atasi Kenaikan Harga Di Bazar

Bagi memastikan kestabilan harga barangan serta jualan juadah berbuka di bazar Ramadan kekal terjamin, Kementerian Perdagangnan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini bakal menempatkan pegawai pemantau harga (PPH).

Tindakan itu kelak akan merangkumi penglibatan 2,000 anggota penguatkuaa serta 1,000 PPH.

Maka para peniaga yang berkaitan, dan orang awam bolehlah merujuk secara langsung kepada pegawai bertugas sekiranya terdapat permasalahan dari aspek penetapan harga.

Selain itu, KPDNHEP turut beri jaminan bahawa bekalan makanan akan kekal stabil sepanjang Ramadan ini. Ia bermakna tiada sebarang tekanan berhubung kenaikan harga akan berlaku.

Pada masa yang sama, kementerian kini turut menjamin terdapat beberapa bekalan keperluan harian akan menerima tawaran harga 20% lebih rendah berbanding harga pasaran. Ini meliputi jualan mentah di 15 jenama runcit terpilih di bawah Program Jualan Keluarga Malaysia WP KL Ramadan 2022.