Kapal elektrik, Yangtze River Three Gorges 1 yang berpangkalan di Yichang, China kini telah memulakan pelayaran pertamanya pada minggu ini.
Mengikut laporan, operasi kapal elektrik ini memiliki sistem pengurusan kuasa pintar dan ia juga memiliki kapasiti bateri lebih 100 kenderaan elektrik (EV) iaitu bersamaan jana kuasa 7,500 kilowatt jam (kWh). Manakala berhubung kos pembangunan pula ia telah menelan perbelanjaan sekitar RM98.7 juta.
Di mana kapal ini lebih lestari dan tidak memiliki pencemaran bunyi, berbeza dengan kapal enjin diesel.
Berdasarkan perincian, kapal yang memiliki lebar 16 meter dan panjang 100 meter ini berpotensi meningkatkan daya pelancongan di Sungai Yangtze, ia berupaya membawa kapasiti muatan seramai 1,300 penumpang.
Pelaksanaan operasi kapal elektrik ini dilihat selari dengan agenda kelestarian China yang ini memanfaatkan tenaga bersih serta pengangkutan hijau pada pasaran mereka.