Artikel

Malaysia-Indonesia Capai Sepakat Lindungi Hak Pekerja Asing

Malaysia bersama Indonesia, kini mencapai persefahaman dengan memeterai memorandum berhubung pengambilan dan pelindungan pekerja domestik Indonesia (PDI) di pasaran tempatan.

Menerusi kesepakatan itu, antara beberapa perkara yang telah dipersetujui;

  • Hanya majikan yang berkelayakan menggaji PDI
  • Mengikuti Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menghindari isu buruh paksa
  • Beri pelindungan kepada pekerja migran
  • Jaga kebajikan hak pekerja
  • Tawar pelbagai inisiatif meliputi caruman PERKESO serta jaminan penyaluran gaji melalui e-Wages
  • Mengikuti aturan kebajikan yang tertakluk di dalam kontrak
  • Menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ke-7 bagi setiap bulan

Berdasarkan kerjasama ini, Perdana Menteri Ismail Sabri bersama Presiden Joko Widodo menyasarkan langkah ini akan terus mengukuhkan ikatan kedua negara – di samping merancakkan semula aktiviti kedua-dua ekonomi.