Artikel

Bermula Hari Ini – Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibuka

Mulai hari ini (1 April), para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengemukakan permohonan pengeluaran khas RM10,000 pada portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Untuk maklumkan portal ini turut dapat diakses pada aplikasi KWSP i-Akaun bermula hari ini.

Melalui kemudahan permohonan, pengeluaran khas RM10,000 dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Malah pencarum juga perlu memiliki sekurang-kurangnya baki RM100 pada akaun mereka.

Sementara bagi mengetahui status permohonan pula, para pencarum boleh menyemak tindakan itu mulai 9 April ini pada portal khas tersebut.