Touch ‘n Go eWallet, pada hari ini (1 April) secara rasminya memecah kejutan baharu dengan melancarkan GOpinjam, iaitu memperkenalkan ciri pinjaman kewangan menerusi aplikasi dompet digital mereka.
Untuk makluman, ciri GOpinjam ini adalah diselarikan dengan kerjasama CIMB melalui produk pinjaman peribadi asas CIMB e-Zi Tunai.
Melalui objektif ini pengguna kini boleh dapatkan pinjaman bermula RM100 sehingga RM10,000 – secara langsung membuka peluang kepada orang awam, khususnya kumpulan pengguna yang dinafikan hak pinjaman mereka.
Menurut perincian pada sidang maya, para pengguna aktif boleh laksana permohonan pinjaman dengan 3 langkah mudah. Antara langkah awal adalah memaklumkan pendapatan bulanan untuk mengetahui pengiraan pinjaman yang boleh dilaksanakan.
Di mana ini perincian buat pengetahuan pengguna GOpinjam;
- Jumlah pinjaman fleksibel antara RM100-RM10,000 bergantung kepada kelayakan
- Tempoh pinjaman fleksibel antara 1 minggu hingga 1 tahun
- Keperluan pendapatan bermula RM800 sebulan
- Pengeluaran masa nyata selepas penerimaan pinjaman
- Peminjam berusia 21 tahun hingga 63 tahun
- Pengenaan caj pembayaran lambat sekitar 1%
Akan tetapi, para pengguna perlu ketahui pinjaman ini adalah tidak patuh-Syariah susulan ia adalah produk perbankan konvensional. Namun TNG eWallet memaklumkan pihaknya akan terus meneliti dan turut merancang menyediakan pembiayaan Islam pada aplikasi kelak.
Langkah tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.