Artikel

VISA Bakal Perkenal Program Peniaga Pilihan – Tawar Manfaat Eksklusif Ketika Melancong

Sebelum berlakunya penularan COVID-19, hasil pelancongan Malaysia pada 2019 berjaya mencatatkan pulangan sekitar RM61 bilion – ini merangkumi tiga perbelanjaan utama iaitu membeli-belah, penginapan serta menjamu pelbagai makanan.

Bagi mengembalikan dinamik tersebut, Visa bersama Tourism Malaysia kini meluaskan kerjasama dan bakal tampil dengan Program Peniaga Pilihan Visa (VPM).

Di mana melalui inisiatif ini, ia akan membolehkan para pemegang kad Visa memanfaatkan tawaran eksklusif merangkumi penginapan, menjamu selera, membeli-belah, hiburan dan perubatan.

Langkah itu sekaligus turut memberi galakan tidak hanya kepada pelancong domestik bahkan kepada pelancong antarabangsa yang kini sudah dibenarkan kemasukan ke dalam negara.

Selain membentuk inisiatif program itu, Visa bersama Tourism Malaysia secara berterusan turut akan mempromosikan industri pelancongan negara melalui usaha Pelan Strategik Tourism Malaysia sehingga 2026 ini.

Sebarang makluman, untuk tawaran eksklusif VPM para pelancong boleh merujuk pada pautan malaysia.travel dan visa.com.my.