Artikel

2 Juta Belia Bakal Terima Kredit RM150 ePemula – Menerusi ShopeePay, TNG eWallet, GrabPay Dan BigPay

Seperti yang umum ketahui, mulai pertengahan April ini lebih 2 juta golongan belia negara akan menerima manfaat kredit RM150 e-Pemula.

Perolehan kredit ini akan disalurkan menerusi 4 penyedia dompet digital terdiri daripada ShopeePay, GrabPay, TNG eWallet dan BigPay.

Buat pengetahuan umum, inisiatif yang memiliki peruntukan sekitar RM300 juta ini adalah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas kepada kumpulan belia berusia 18 tahun sehingga 20 tahun, serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT).

Melalui manfaat ini, peniaga PKS yang ingin menerima bayaran pembeli secara elektronik disarankan untuk segera berdaftar bersama penyedia dompet digital yang terpilih, bagi menikmati faedah nirtunai bersama pengguna belia.