Artikel

GSC Akan Mempelbagaikan Punca Pendapatan Melalui Penawaran Perkhidmatan Penstriman

GSC merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena hiburan di Malaysia, dan terkenal sebagai penyedia perkhidmatan wayang gambar, termasuk mengedarkan beberapa filem melalui label GSC Movies.

Terkini, GSC turut memperlihatkan mereka akan menyertai arena penstriman filem melalui apa yang dinamakan GSC Now. Pihak GSC bekerjasama dengan GetPlay dalam menjayakan perkara ini.

Langkah ini dijangka akan membolehkan pihak GSC mempelbagaikan lagi pendapatan – termasuk untuk menjana pendapatan untuk tontonan filem edaran mereka walaupun orang ramai tidak hadir ke panggung mereka.

Buat masa ini, GSC masih belum berkongsi berkenaan pelancaran rasmi, dan caj yang akan dikenakan untuk perkhidmatan penstriman mereka ini.