Artikel

Perlis Tidak Miliki Rancangan Eksport Ketum Ke Thailand

Walaupun Perlis tidak memiliki akta untuk mencegah penanaman pokok ketum, ia tidak bermakna pihaknya memiliki rancangan untuk mengeksport tanaman tersebut kepada Thailand bagi tujuan perubatan.

Jelas Menteri Besar Perlis, Azlan Man setakat ini negeri tidak akan melaksana eksport ke ketum ke negara jiran, Malaysia masih memiliki akta untuk mencegah penjualan tersebut. Dan untuk berbuat demikian, setiap tindakan yang dilaksanakan perlu memiliki kerangka perundangan terlebih dahulu.

Kerajaan negeri pada sidang DUN hari ini (31 Mac) menjelaskan penelitian berhubung tindakan eksport perlu disemak secara menyeluruh. Sebarang keputusan eksport perlu mengambil-kira kesannya ke atas masyarakat.

Persoalan berhubung tindakan eksport ini dilihat, jika ia diluluskan dalam segmen perubatan ini akan membawa kepada pendapatan tambahan buat pekebun negara tanpa terpalit sebarang kesalahan undang-undang.