Artikel

Lebih 120,000 Pengguna Wanita Kini Sertai Arena Kripto – Luno

Luno, bursa aset digital Malaysia kini menyaksikan peningkatan ketara penyertaan pengguna wanita dalam pasaran aset digital kripto negara.

Ketika ini, lebih 120,000 pengguna wanita telah terlibat di dalam platform Luno – ini lebih tinggi berbanding data 2020, dengan peningkatan penyertaan lebih 7 kali ganda diperlihatkan.

Lebih menarik pada perkongsian sidang maya hari ini, turut memaparkan jumlah transaksi pengguna wanita telah meningkat 12 kali ganda bagi data tahun-ke-tahun (yoy) daripada RM170 juta kepada lebih RM2 bilion.

Berdasarkan tinjauan, tujuan penyertaan wanita merangkumi pelaburan, pendagangan, serta pembayaran. Manakala mengikut kategori usia pula, ini pecahan kumpulan terlibat;

  • Berusia 30-39 tahun (33%)
  • Berusia 25-29 tahun (25%)
  • Berusia 18-24 tahun (17%)
  • Berusia 40-49 tahun (16%)

Sementara kategori pekerjaan pula, rata-rata pengguna wanita yang terlibat meliputi skop profesional seperti pendidikan, kesihatan, perakaunan, pekerjaan, pentadbiran, pengilangan dan pembuatan.