Artikel

Lalamove Dilaporkan Rancang Raih Dana AS$500 Juta – Menilaikan Firma Pada AS$10 Bilion

Lalamove, firma logistik dan penghantaran milik China kini sedang mempertimbangkan untuk mengumpul sekitar AS$500 juta dana baharu, secara langsung akan membawa kepada paras penilaian firma sekitar AS$10 bilion.

Mengikut laporan Bloomberg, firma tersebut kini sedang giat meneliti minat daripada pelabur berpotensi. Berdasarkan lanjutan, firma bakal meneruskan agenda untuk tampil penyenaraian di Hong Kong dengan nilai A$1 bilion.

Berdasarkan prestasi operasi, Lalamove setakat ini memiliki 8 juta pengguna dengan lebih 15 juta pemandu penghantar dan telah meraih pelaburan sekitar AS$515 juta daripada Sequoia Capital China, Hillhouse Capital dan Shunwei Capital.

Ini secara langsung membawa pada paras penilaian firma adalah AS$8 bilion.