Artikel

Rakyat Malaysia Kini Tanggung Hutang Hampir RM1.4 Trilion

Sekalipun paras hutang isi rumah Malaysia telah menurun kepada 89%, namun paras itu masih menjadikan Malaysia antara negara yang memiliki tahap hutang isi rumah yang tinggi di rantau Asia.

Malaysia mendahului Singapura (69.7%), Indonesia (17.2%) dan Filipina (9.9%).

Melalui tinjauan Sorotan Hutang Isi Rumah BNM ini, tahukah pembaca – rakyat Malaysia kini perlu menanggung bebanan hutang bernilai hampir RM1.4 trilion. Jumlah hutang tersebut merangkumi;

  • Pinjaman Perumahan (58%)
  • Pinjaman Peribadi (13%)
  • Pinjaman Kereta (12%)
  • Hutang Kad Kredit (3%)
  • Hutang lain-lain (14%).

Melihat pada paras hutang isi rumah yang masih tinggi, Kementerian Kewangan telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya –

menyediakan garis panduan pembiayaan bertanggungjawab sejak 2012 – bagi memastikan pembayaran secara berkala dapat dilakukan mengikut kemampuan kewangan pinjaman.

Tidak hanya itu, kerajaan turut menyarankan isi rumah berkaitan merujuk kepada khidmat agensi kaunseling serta pengurusan kredit. Seterusnya negara bersama Bank Negara Malaysia (BNM) secara berterusan melaksanakan kempen celik kewangan untuk membantu rakyat negara berhubung pendidikan kewangan.