Artikel

Tepung Pelita, Martabak – Antara Juadah Bazar Dijangka Naik Harga Sekitar RM5

Menjelang Ramadan, kurang dari 3 hari sahaja  lagi – sudah pasti pelbagai persiapan sedang diatur oleh semua pihak, khususnya para peniaga Bazar Ramadan.

Akan tetapi, para pembeli juadah berbuka juga kini disarankan untuk bersedia berdepan sebarang kemungkinan kenaikan harga makanan.

Terbaharu, laporan Sinar Harian pada minggu ini memperlihatkan terdapat 10 juadah berbuka puasa dijangka alami kenaikan harga sepanjang Ramadan kali ini. Ini senarai jangkaan juadah yang terlibat;

  • Ayam Golek – RM20 (harga semasa) – RM25-RM35 (jangkaan naik)
  • Masakan Ayam – RM4 (harga semasa) – RM5-RM8 (jangkaan naik)
  • Martabak – RM4 (harga semasa) – RM5-RM8 (jangkaan naik)
  • Tepung Pelita – RM3.50 (harga semasa) – RM5 (jangkaan naik)
  • Puding Caramel – RM3 (harga semasa) – RM5 (jangkaan naik)
  • Roti John – RM4.50 (harga semasa) – RM5-RM7 (jangkaan naik)
  • Masakan Ikan – RM4 (harga semasa) – RM5-RM8 (jangkaan naik)
  • Air – RM3 (harga semasa) – RM3.50-RM5 (jangkaan naik)
  • Lepat Pisang – RM0.70 (harga semasa) – RM1-RM1.50 (jangkaan naik)
  • Kuih Talam – RM0.40 sen (harga semasa) – RM0.70 sen (jangkaan naik)

Sasaran kenaikan tersebut mengambilkira beberapa faktor antaranya kenaikkan kos bahan mentah serta kos operasi yang perlu diselaraskan mengikut garis panduan KKM.

Meskipun, ini adalah jangkaan awal kenaikan harga namun para pengguna perlu memberi perhatian berhubung jangkaan tersebut – agar dapat mengatur perbelanjaan yang lebih bijak ketika membeli juadah.