Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan 4.30 sen seunit dengan jumlah RM514.5 juta bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2).
Di mana melalui agihan itu, ia akan memanfaatkan sekitar 481,030 pemegang unit yang memiliki 11.96 bilion unit.
Tidak hanya ASB 2, ASB turut mengiystiharkan agihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan jumlah RM883.5 juta , bersamaan 4.00 sen sunit kepada 567,904 pemegang unit dengan pegangan 22.09 bilion unit.
Maka secara keseluruhan agihan pendapatan kedua-dua dana harga tetap ini adalah berjumlah RM1.39 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022.
Untuk makluman, pengumuman pengagihan dua dana ini akan dilaburkan semula secara automatik kepada akaun pemegang unit mulai 1 April ini. Setakat ini sebarang urus niaga buat kedua dana ditangguhkan buat sementara waktu.