Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini telah mengemaskini amaran berhubung senarai peringatan pelabur yang bertindak beroperasi tanpa lesen dan tidak sah.
Ia meliputi laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu. Ini 9 firma kewangan yang disenaraikan mengikut data semasa;
- Bitcoin Loophole
- Potential clone entity – Bursa Saham Malaysia
- Potential clone entity – AstroFX
- Potential clone entity – AVA Trade Malaysia
- Potential clone entity – S.A.M. Trade Genesis Malaysia
- Potential clone entity – Luxury Premier Sdn Bhd
- Potential clone entity – Global XM Malaysia
- SMART Account Real / SMART Trader
- Malayan Trade
Senarai tersebut merangkumi pihak yang menjalankan aktiviti tanpa lesen dari SC dalam menguruskan sekuriti dan derivatif, pengurusan dana, menasihati syarikat mengenai kewangan korporat, penasihat pelaburan, dan perancangan berhubung kewangan.
Kegiatan tersebut juga merangkumi urus niaga dalam skim persaraan swasta, pihak yang mengendalikan pasaran tanpa kebenaran, mengeluarkan atau menawarkan sekuriti tanpa kelulusan, kebenaran atau pengiktirafan dan penyalahgunaan logo SC.
Maka, untuk terus membendung gejala ini, orang ramai diminta memaklumkan kepada SC sekiranya mereka mendapati mana-mana aktiviti pasaran modal yang mencurigakan. Pertanyaan atau aduan boleh diajukan kepada SC di talian: +603 6204 8999 atau e-mel: [email protected].