Memahami jurang yang wujud pada perolehan gaji serta tahap pekerjaan yang berbeza dalam kalangan petugas – mulai April ini Westpac, salah sebuah bank terbesar di Australia tidak lagi menghalang para pekerjanya untuk berbicara secara terbuka soal gaji mereka.
Tindakan mengenepikan klausa kerahsiaan tahap gaji pada kontak pekerja adalah mengambil kira kepentingan dalam ekonomi syarikat.
Mengikut laporan Bloomberg, Westpac melihat jurang yang tinggi antara lelaki dan wanita secara langsung telah merencatkan tahap produktiviti para pekerja. Kesaksamaan perlu dicapai pada dua kumpulan ini.
Menerusi inisiatif ini, ia berupaya meningkatkan ketelusan operasi dan mengurangkan tindakan berat sebelah di dalam pasaran pekerjaan.