Artikel

Anda Kini Boleh Menebus Baucar Buku RM10 – Di 371 Kedai Buku Fizikal, Atas Talian Terpilih

Pemberian Baucar Buku Semarak Membaca 2022 bernilai RM10 kini akan diperluaskan kepada lebih banyak premis buku di Malaysia.

Penebusan baucar buku tersebut kini boleh dilakukan di 371 kedai buku. Ia merangkumi 3 kategori kedai buku antaranya kedai buku fizikal, kedai buku atas talian dan kedai buku di laman e-dagang.

Menurut MOTAC, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – sejumlah 170 kedai buku fizikalĀ  akan terlibat pada penebusan baucar ini, sementara kedai buku atas talian pula melibatkan e-Sentral Ebook Portal dan di laman e-dagang pula akan melibat 200 buah kedai di aplikasi Shopee.

Berdasarkan sasaran, usaha pengagihan baucar buku ini boleh ditebus mulai 1 April ini dan dilihat akan memanfaatkan seramai 190,000 pengguna pada pembelian buku di negara dengan jumlah peruntukan RM1.9 juta.

Bagi mengetahui senarai premis buku yang terlibat, orang awam boleh layari pautan rasmi Semarak Membaca 2022 dan menyemak kedai buku berdekatan atau secara atas talian.