Artikel

Kelantan Guna 100 Unit Dron – Rancakkan Aktiviti Pertanian

Bagi memperkasakan lagi sektor pertanian, Kelantan kini mempergiatkan penggunaan teknologi sebagai sokongan pada produktiviti pengeluaran negeri.

Kini sejumlah 100 unit dron telah digunapakai pada sektor pertanian Kelantan.

Menurut Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan sebanyak 80 unit dron telah diterapkan di bawah pengendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Sementara 20 unit dron lain pula adalah milik persendirian para petani serta seliaan di bawah Jabatan Pertanian negeri.

Adanya sokongan teknologi ini, sekaligus membantu meningkatkan keupayaan operasi baja, meracun dan paling utama memberi penjimatan kos dan masa pertanian.

Melihat pada kerancakkan penggunaan dron ini, kerajaan negeri Kelantan menyasarkan memberi lesen pengendalian dron kepada lebih ramai petani dalam tempoh terdekat serta menawarkan kursus pengendalian dron kepada kumpulan tersebut.