Artikel

Lebih 24,000 Aduan Berkaitan Transaksi Atas Talian Diterima KPDNHEP

Kaedah pembayaran dinegara kini mula dipelbagai melalui transaksi secara atas talian. Pilihan ini tidak sekadar lebih cepat, cekap dan memudahkan tetapi turut beri jaminan menghadkan interaksi fizikal dalam kalangan pengguna.

Akan tetapi, disebalik kemudahan yang diperakui terdapat juga segelintir pihak mengekploitasi kaedah pembayaran ini ke atas pengguna.

Sehingga kini terdapat 24,150 aduan berhubung masalah transaksi atas talian telah diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Aduan ini merangkumi 36.5% faripada jumlah keseluruhan aduan.

Melihat pada peningkatan aduan, KPDNHEP sedari semakin ramai pengguna mula mengetahui hak pembayaran mereka dalam setiap transaksi. Ini bermakna pendedahan dalam menggunakan kaedah pembayaran semakin meluas untuk rakyat Malaysia.

Meskipun tidak memperincikan jumlah nilai kerugian yang diterima pada data aduan, KPDNHEP akan terus memantau isu kategori aduan ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, bagi menangani isu ini orang awam dinasihatkan untuk melanjutkan aduan pada aplikasi ezAdu yang membolehkan segala permasalahan direkodkan secara terus.