Artikel

Malaysia Kecualikan Caj Jalan Raya RM20 – Ke Atas Kemasukan Kereta Singapura Sehingga 7 April Ini

Bermula 1 April sehingga 7 April ini, kenderaan berdaftar Singapura yang akan memasuki Malaysia – akan dikecualikan dari pengenaan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 (S$6.43).

Pelaksanaan itu menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) diambil kira susulan 2 tahun penutupan sempadan antara dua buah negara. Malah ia juga untuk mengurangkan kesesakan pada laluan di dua pusat pemeriksaan imigresen.

Kesesakan yang dijangka berlaku adalah atas faktor kad Touch ‘n Go yang telah luput, serta tidak dapat menambah-nilai untuk akses pada laluan tersebut.

Maka menerusi pengecualian ini, pelawat yang berkaitan perlu mengaktifkan semula kad TNG mereka atau melaksanakan pendaftaran skim Permit Masuk Kenderaan (VEP) asing yang akan berperanan menyediakan tag RFID VEP pada kenderaan mereka.