Artikel

Shopee Menutup Operasi Di India – Disebabkan Ketidaktentuan Pasaran

Shopee kini mengumumkan mereka akan menutup operasi perkhidmatan edagang mereka di India. Hal ini dikatakan disebabkan oleh ketidak-tentuan pasaran global.

Pengumuman ini hadir selepas permainan “Free Fire” dibawah Sea – syarikat induk Shopee diharamkan operasinya di India baru-baru ini, kerana terdapat ikatan dengan negara China.

Seperti semua sedia maklum, Sea, syarikat induk Shopee mempunyai pelaburan daripada Tencent – sekaligus membuatkan Shopee juga mungkin diharamkan operasinya di India suatu hari kelak. Menyedarinya, Shopee mengambil langkah awal, dan menamatkan operasi di negara berkenaan.

Shopee mengatakan mereka akan membantu para peniaga dan pembeli dalam proses peralihan ketika penutupan operasi ini.