Artikel

Pelabur Aset Digital Didominasi Individu Usia Bawah 35 Tahun – Memegang Lebih 470,000 Akaun

Ternyata pasaran aset digital secara terus berkembang pada 2021, apabila menyaksikan lebih RM21 bilion aset digital didagangkan disemua bursa aset digital (DAX).

Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti (SC) memperlihatkan pertambahan 300% jumlah akaun pelaburan kepada sekitar 760,000 bagi data 2021 telah berjaya dicapai.

Lebih menarik, peringkat umur di bawah 35 tahun menjadi kategori terbesar kumpulan pelabur (62%) dengan jumlah akaun 470,000.

Melihat pada momentum itu, SC menjamin akan terus meningkatkan memperkasakan kaedah aset digital, antara inisiatifnya dengan kelulusan Bitcoin Cash pada Mac tahun lalu selaku aset digital tambahan yang dibenarkan.

Selain itu, aset lain yang turut dibenarkan pada papan DAX adalah Bitcoin, Ripple, Ethereum dan LiteCoin.