Artikel

DuitNow Request Membolehkan Pengguna Meminta Wang Dari Individu Lain

DuitNow, piawaian transaksi nasional negara kini mula tampil dengan ciri baharu iaitu DuitNow Request. Membolehkan para pengguna meminta wang secara langsung kepada individu lain.

Pelaksanaan ciri tersebut buat masa ini, telah disokong oleh perbankan Standard Chartered (SC). Di mana menerusi apilkasi SC, pengguna boleh terus klik pada DuitNow Request dan memasukkan informasi individu pembayar tersebut.

Keperluan maklumat pembayar merangkumi perincian kad pengenalan, nombor akaun bank serta nombol telefon individu berkaitan.

Pengesahan maklumat itu akan membawa kepada penghantaran notifikasi SMS sekiranya transaksi berjaya dilaksanakan.

Melalui ciri ini ia secara langsung membenarkan pengguna untuk memiliki semula wang hutang mereka atau dana perbelanjaan tertentu secara terus daripada pihak ketiga tanpa rasa bersalah. Selamat mencuba buat pengguna SC.