Charles & Keith, jenama barangan aksesori dan kasut wanita kini telah mula melancarkan mod pembayaran melalui kripto pada laman e-dagangnya.
Langkah pelancaran ini telah dilaksanakan pada 25 Mac lalu, setelah kumpulan ini mengambil bahagian pada Minggu Fesyen Metaverse pada minggu lalu.
Berdasarkan makluman, jenama itu telah melaksanakan kerjasama dengan TripleA iaitu platform pembayaran kripto yang dilesenkan di bawah Monetary Authority of Singapore dan berdaftar dengan FinCEN. Di mana para pelanggan boleh menggunakan Bitcoin, Ethereum dan Tether USDT sebagai transaksi pembelian barangan.
Mengikut laporan, langkah pelancaran kaedah pembayaran ini akan diterapkan pada cawangan di Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, UK dan Eropah dalam tempoh 6 bulan pertama 2022 ini.