Artikel

Crypto.com Sedang Melihat Untuk Perluaskan Perkhidmatan Di Malaysia

Crypto.com merupakan salah satu bursa dagangan aset digital popular, dan sedia melakukan sejumlah pelaburan berbentuk pemasaran – termasuk menjenamakan semula sebuah stadium dibawah namanya.

Terbaru, Crypto.com turut sedang melihat untuk memasuki pasaran Malaysia. Melalui sejumlah pengiklanan jawatan di LinkedIn, Crypto.com sedang mencari sejumlah tenaga kerja dalam memasuki pasaran Malaysia.

Salah satu jawatan aadalah termasuk “General Manager”, yang akan merancang strategi pasaran, termasuk untuk pengenalan, pemasaran dan sebagainya.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut pengenalan satu lagi perkhidmatan pengurusan aset digital di Malaysia.