Bank Negara Malaysia (BNM), sejak 30 Jun 2021 lalu telah menerima sejumlah 29 permohonan lesen untuk membuka operasi selaku bank digital di Malaysia.
Tindakan permohonan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 kini dijangka bakal diketahui pada akhir Mac 2022 – iaitu dalam minggu ini.
Melihat pada persaingan yang semakin rancak dalam arena kewangan digital ini, Maybank menyasarkan usaha lesen tersebut berupaya menggalakkan pemacuan pada industri perbankan negara. Khususnya dalam memenuhi keperluan pengguna yang dinafikan hak serta kriteria mereka dalam pinjaman.
Tidak hanya itu, menerusi akses digital ia turut meningkatkan kecekapan perbankan – menjadi lebih lancar serta mudah.
Selain memberi tumpuan pada pengumuman lesen bank digital, BNM juga disasarkan akan meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 25 mata asas – menjelang akhir tahun ini.