Artikel

Elon Musk Diramal Bakal Menjadi Trilionwan Pertama Seawal 2024

Elon Musk kini sedia menjadi manusia terkaya dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $200 bilion. Tidak cukup dengan itu, kini mengikut kajian dan ramalan, Elon Musk turut diramal menjadi manusia pertama dengan nilai kekayaan melangkaui $1 trilion menjelang 2024 kelak.

Ramalan ini dilakukan berdasarkan purata kenaikkan kekayaan Elon Musk sekitar 129% setiap tahun. Selain Tesla, Elon Musk juga turut mempunyai beberapa syarikat bernilai tinggi lain – termasuk SpaceX.

Selain Elon Musk, pengasas Bytedance, syarikat sebalik TikTok, iaitu Zhang Yiming diramal mencapai nilai kekayaan trilion menjelang 2026 – pada usia 42 tahun, sekaligus menjadikan beliau trilionwan termuda di dunia.

Buat masa ini, ia sekadar ramalan awal berdasarkan purata kenaikkan kekayaan, serta beberapa faktor lain. Perkara ini mungkin berubah kerana ketidak-tentuan kekayaan, selain naik-turun ekonomi serta kesan langsung geopolitik terhadap sesuatu syarikat.