Artikel

Lebih 2 Juta Belia Bakal Terima Manfaat RM300 Juta e-Pemula

Tidak lama lagi, Malaysia bakal melaksanakan Program e-Pemula yang berpotensi menawar manfaat buat lebih 2 juta golongan belia negara. 

Inisiatif yang memiliki peruntukan sekitar RM300 juta adalah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas kepada kumpulan belia berusia 18 tahun sehingga 20 tahun, serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT). 

Di mana, sejumlah RM150 akan di kredit secara one-off ke dalam mana-mana akaun dompet digital terpilih merangkumi Touch ‘n Go, ShopeePay, Grab, dan Boost. 

Makluman ini dilaporkan telah dikongsikan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul pada sidang maya Bengkel Pengurusan Kewangan My Money & Me sempena Global Money Week 2022 hari ini (27 Mac).