KFC Malaysia, sekali lagi berdepan isu kekurangan bekalan ayam di segelintir premisnya, antaranya di Selangor pada minggu ini.
Seperti yang umum sedari, sebelum ini pada pertengahan Februari, KFC telah mengalami masalah yang sama, di mana menu ayam goreng bersama bekalan kentang telah mengalami ketirisan. Ia sekaligus telah menjejaskan jualan operasi mereka.
Susulan isu yang berlaku, hanya menu sampingan ditawarkan buat para pelanggan. Namun usah khuatir – setakat ini, situasi tersebut dilihat hanya didepani oleh beberapa cawangan sahaja.