Artikel

Touch ’n Go eWallet Mengacah Pengenalan Produk Pinjaman Kewangan

Touch ’n Go eWallet kini mengacah pengenalan sebuah ciri baharu yang bakal diperkenalkan pada 1 April 2022 kelak. Melalui apa yang diacah, TNG eWallet mengatakan tiada lagi “kekurangan wang pada pertengahan bulan”, selain memperlihatkan gambar peti sejuk kosong – menandakan TNG eWallet mungkin memperkenalkan ciri pinjaman kewangan terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.

Laman sehenti yang turut disediakan juga, turut mengatakan “Anda Boleh Dapat Sehingga RM10,000 Bersama Kami” – yang mana seperti lebih mengukuhkan TNG eWallet mungkin memperkenalkan ciri pinjaman kewangan mikro mereka.

TNG RM10k

Pada masa yang sama juga, terdapat kemungkinan pihak TNG eWalleet turut hadir dengan ciri BNPL (beli dahulu, bayar kemudian) pada platform mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 1 April 2022 kelak untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak TNG eWallet ini.