Artikel

Pos Malaysia Umum Naikkan Surcaj Bahan Api Sebanyak 5% – Mulai 1 April

Pos Malaysia pada kenyataan rasmi hari ini (25 Mac), bertindak akan menaikkan surcaj bahan api sebanyak 5% bermula 1 April ini.

Tindakan itu adalah disebabkan ketegangan dan situasi yang berlaku Ukraine, di mana kadar bahan api pesawat telah meningkat secara mendadak.

Berdasarkan ciapan rasmi Pos Malaysia langkah kenaikkan surcaj bahan api ini akan dilakukan bagi zon 4 iaitu dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak dan Zon 5 iaitu dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung.

Pos Malaysia melihat tindakan itu adalah wajar dan berhak melakukan perubahan serta penyelarasan harga mahupun yuran ke atas penawaran produk mengikut situasi serta keperluan pasaran.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari pautan AskPos pada laman portal atau aplikasi Pos Malaysia.