Artikel

TheLorry Perluas Akses – Teroka Peluang Bersama Pengendali Logistik Indonesia

TheLorry Indonesia kini memperluaskan jejak perkhidmatannya pada arena logistik bersama kolaborasi dengan Wahana Prestasi Logistik (Wahana Express) dan Cahaya Ekspres Logistik (Cahaya Express).

Kesepakatan perkongsian itu akan melibatkan perkongsian jaringan, kenderaan, sumber manusia, infrastruktur serta penerapan teknologi bagi membuka peluang perniagaan baharu.

Adanya usahasama ini, ia sekaligus melebarkan akses perkhidmatan mereka di seluruh negeri di Indonesia.

Tidak hanya itu, kerjasama ini turut seiring dengan matlamat TheLorry untuk tampil selaku platform logistik digital terbesar di Asia Tenggara – disamping membuka peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan dalam kalangan petugasnya.