Artikel

Malaysia Terus Ketinggalan Dalam Tahap Produktiviti – Bank Dunia

Bank Dunia akui, Malaysia memiliki usaha untuk menambah-baik struktur asas ekonomi negara – akan tetapi langkah itu dilihat kurang merangsang pertumbuhan, negara masih ketinggalan berbanding rakan perdagangan dunia lain.

Mengikut pengamatan Timbalan Presiden Serantau Asia Timur, Pasifik Bank Dunia – Manuela V.Ferro tahap produktiviti negara memaparkan variasi yang tinggi dalam kalangan firma perniagaan tempatan.

Selain itu, perbelanjaan melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pula turut menurun kepada 1.0% daripada KDNK 2018. Ini lebih rendah berbanding perbelanjaan awam R&D 1.4% pada KDNK 2016.

Situasi ini dilihat tidak selari dengan matlamat negara untuk mencapai 2.0% bersama OECD pula 2.6%.

Malaysia juga wajar menyelaraskan semula sokongan awamnya ke atas pemain PKS, ini demi kepentingan inovasi pada ekosistem perniagaan negara. Seharusnya ekonomi tidak sekadar memulihkan tetapi perlu dirancakkan, agar terus relevan untuk pertumbuhan Malaysia serta pasaran antarabangsa.