Ternyata usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kini diberi penangguhan berhubung pelaksanaan kadar gaji minimum berjumlah RM1,500 mulai 1 Mei kelak.
Perkara tersebut diperjelaskan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), pada jawapan bertulis Parlimen semalam (23 Mac) bahawa pelaksanaan kadar gaji baharu itu hanya dilaksanakan kepada syarikat besar sahaja.
Sementara PMKS dikecualikan buat sementara waktu.
Penangguhan itu, mengambilkira pelbagai aspek antaranya kerugian yang ditanggung peniaga susulan COVID-19 dan kesan disebabkan krisis banjir akhir tahun lalu.
Bagi memberi penjelasan lanjut, definisi syarikat besar disini adalah merangkumi sesebuah perniagaan memiliki 5 pekerja dan ke atas. Sementara untuk PMKS pula ini adalah kumpulan perniagaan yang memiliki kurang daripada 5 pekerja sahaja.
Ini bermakna untuk syarikat swasta yang memiliki 5 pekerja dan ke atas tidak terkecuali dari pelaksanaan kadar gaji minimum tersebut.