Artikel

MOTAC Pertimbang Kenakan Cukai Pembayaran Digital – Ke Atas Agensi Pelancongan Atas Talian

MOTAC, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kelak bakal mempertimbangkan usul mengenakan cukai pembayaran digital ke atas OTA – agensi pelancongan atas talian.

Langkah itu akan dirujuk bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi pengenaan cukai keuntungan tersebut.

Selain itu, MOTAC turut menjelaskan persoalan Parlimen mengapa agensi pelancongan terkemuka tidak berdaftar bersama mereka kerana buat pengetahuan umum, di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 menjelaskan tiada pihak boleh menjalankan atau mengendalikan perniagaan pengendalian pelancongan (TOB) atau perniagaan agensi pengembaraan (TAB).

Melainkan perniagaan ini memiliki lesen sah MOTAC.

Ini kerana, terdapat beberapa OTA telah menawarkan khidmat kepada rakyat Malaysia namun pemilikan pegangannya adalah sepenuhnya asing yang berpangkalan di luar negara. Meskipun aktiviti operasi entiti ini adalah sah di bawah Akta 482 – namun sifatnya yang tidak membuka premis fizikal menyukarkan MOTAC melaksana pemantauan atau penguatkuasaan.