Artikel

SC Mendaftarkan Dua Pengendali IEO – Kapital DX, Pitch Platforms

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kini mendaftarkan dua pengendali Tawaran Pertukaran Permulaan (IEO) iaitu Kapital DX Sdn Bhd serta Pitch Paltforms Sdn Bhd – bagi merancakkan inovasi yang bertanggungjawab dalam arena aset digital. 

Selaku pengendali IEO, pihaknya akan menyediakan kaedah alternatif untuk syarikat yang layak bagi mengumpulkan dana melalui pengeluaran token digital di Malaysia. 

Untuk makluman, penerbit boleh mengumpul dana sehingga RM100 juta daripada kumpulan pelabur seperti pelabur runcit, pelabur angel di bawah had pelaburan yang tersedia dalam Garis Panduan SC – Aset Digital. 

Tidak hanya itu, SC turut memperincikan pengendali terlibat akan diberi tempoh 9 bulan – bagi memenuhi aturan keperluan operasi, ini termasuklah menerapkan Pencegahan Wang Haram atau Membanteras Pembiayaan Keganasan untuk mengurangkan risiko aktiviti tersebut.